Assalamualaikum.
10.30 am - 11.45 am
Pelajar UPM diwajibkan untuk hadir ceramah motivasi
yang akan disampaikan oleh
Ustaz Rujhan Mohd Razali.
Tajuk : Kejayaan di Dunia dan Akhirat
Nak berjaya di dunia ada 2 perkara :
- Hidup senang dengan bekerja/belajar bersungguh-sungguh
- Hati senang/tenang
Kalau hidup kita senang, tapi hati tak senang, tak berjaya jugakan. :)
Dan......
Jika hidup senang dan hati kita tenang, kebaikannya :
- Mendapat ilmu yang manfaat
- Mendapat rezeki yang halal, banyak dan berkat
- Kesihatan yang baik
- Mendapat sahabat, jiran dan teman yang baik
- Mendapat pasangan yang baik
- Mendapat anak yang baik
Di sini ada beberapa kata-kata hikmah, renung-renungkanlah :
Carilah sahabat biarlah beribu kerana ianya terlalu sedikit
dan janganlah bermusuh walaupun hanya seorang
kerana ianya terlalu ramai
Jangan sedih jika diri tidak dihargai,
tetapi tangiskan bila diri tidak berharga lagi
Jika tak dapat apa yang kita suka,
sukalah apa yang kita dapat
Hargailah sesuatu sewaktu ia ada
agar tidak menyesal apabila ia tidak ada
Hargailah hidup...
Nescaya bererti ia mati
Inilah yang aku telah perolehi semasa mendengar ceramah pagi tadi. Dan aku ingin berkongsi kepada anda semua. Sesungguhnya sharing is caring. :)
